Pokok Krismas merupakan sebatang pokok malar hijau yang dihiasi dengan lampu-lampu dan pelbagai perhiasan yang menjadikan ia antara elemen penting bagi Perayaan Hari Natal. Pokok ini dijadikan sebagai perhiasan dalaman dan luaran sesebuah kawasan. Mengenai jenis-jenis pokok Krismas, pokok pain dan pokok fir, sering menjadi pilihan utama. Pokok ini, ada yang ditebang, dipasu dan ada juga diperbuat dari pokok buatan. Perayaan Hari Natal mempunyai hubungan yang kuat dengan sejarah silam dan fenomena alam. Di bahagian Atmosfera Utara Bumi, hari yang paling sekejap dan malam yang terpanjang, jatuh pada tanggal 21 Disember atau 22 Disember dan fenomena ini digelar sebagai solstis musim sejuk. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, solstis merupakan waktu ketika Matahari berada paling jauh ke selatan atau ke utara, dari Khatulistiwa. Kebanyakan masyarakat purba percaya bahawa matahari ialah dewa dan musim sejuk yang sering tiba pada setiap tahun, merupakan petanda bahawa dewa mereka itu,...